Tuesday, July 6, 2010

THE BATTLE BEGIN

hari sabtu hari tue, pertandingan inter agensi bermula dengan sukan badminton dan karom. game berlangsung di kompleks sukan kg pandan...kami datang sebagai pasukan sorak MATRADE FC. gamat court badminton dengan jeritan dan sorakan pasukan sorak MATRADE FC. tak susah nak mengenalpasti pasukan sorak, kerana kami semua berbaju merah darah...melambangkan semangat waja yang pasukan MATRADE ada untuk berjuang bagi menjuarai sukan inter agensi tahun ini...

barisan pasukan sorak MATRADE FC


peminat cilik MATRADE FC


team karom MATRADE yang mantap2 belaka




pasangan duet pasukan sorak MATRADE FC



TAHNIAH diucapkan kepada team badminton MATRADE kerana buat pertama kalinya di dalam sejarah MATRADE, berjaya melangkah ke perlawanan akhir kejohanan inter agensi.walaupun tewas kepada pasukan midf pada perlawanan akhir, MATRADE telah menunjukkan kesungguhan yang tinggi dan memberikan saingan yang padu sebelum tewas 3-2. ini lah yang dikatakan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir! syabas MATRADE!!!!

keputusan perlawanan :
peringkat kumpulan : MATRADE menewaskan MIDA (4-1)
MATRADE menewaskan MPC (3-2)
peringkat Separuh Akhir : MATRADE menewaskan SME Bank (3-2)
namun begitu, pasukan karom lelaki dan wanita gagal menyerlah pada kali ini. tidak mengapa, there's always next time...
kedudukan terkini inter agensi miti adalah seperti berikut:
midf
mida
sme bank
MATRADE/mpc (berkongsi mata)
sme corp
miti
hdc
kami percaya MATRADE boleh muncul juara inter agensi kali ini...tiada apa yang mustahil! perlawanan akan diteruskan lagi minggu ini pada hari sabtu dengan futsal & boling manakala pada hari ahad dengan volleyball lelaki dan perempuan, sepak takraw dan golf. kepada semua warga MATRADE anda diseru supaya menyokong pasukan MATRADE berjuang hingga mendapat kemenangan!

No comments:

Post a Comment