Monday, June 21, 2010

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH


nie adalah suasana semasa kami dalam perjalanan nak ke selatan. pas main volleyball tue, kami plan nak bercuti ke melaka, tp kononnyer nak singgah sebentar di seremban for our opismate wedding, (sorry bnyk2 ye zz & sofia) tp dah 2 jam tersekat di jem nie, kami terpaksa batalkan niat kami itu, dan terus menuju melaka bandaraya bersejarah. kami tiba di hotel lebih kurang kul 7.00 ptg. penat sgt, tp at the same time we are very excited sbb nak berjalan2 di sini...

so, pas mandi2 dan solat, agak2 dah segar, kami kluar menuju ke melaka river cruise (mrc). pusing punya pusing, jumpa la jeti mrc nie...melaka nie, jalan nyer boleh tahan gak...one way, so agak keliru...harga tiket xmahal...cuma rm10 per adult and for kid, xingat sbb kami lum de kid lg..ahaks!

masa tgh q nak beli tiket



nie kat pintu masuk pas beli tiket


syiok naik bot malam2 nie...nyaman jek..orang agak ramai, ye la mlm minggu and kan melaka tuan rumah sukma, so meriah sgt suasana kat sini. perjalanan menyusuri sungai melaka sgt best...nak tggu turn pun xlama sgt...and kat situ de service org amikkan gambar...klu nak d print, bayar la about rm28.00 klu xsilap.


masa tgh beratur nak naik boat



muka menghayati keindahan sungai melaka...





semasa menyusuri sungai melaka, para pengunjung berikan penerangan apa yang terdapat di sepanjang sungai nie. mula2 kita akan menempuh rumah kampung melayu lama...lampu2 yang terang benderang mencantikkan lagi suasana tebing sungai. selepas rumah melayu lama, kita dapat melihat bangunan2 lama dan baru yang menghadap sungai, then de pirate park, air pancut berirama, kincir air, kapal yang dijadikan muzium, dan area2 yang berdekatan bangunan merah yang glamor tue.



nie adalah sedikit sebyk gambar di sepanjang sungai melaka


before bot bergerak...



pirate park




air pancut berirama



pas menyusuri sungai melaka, perut plak mendendangkan irama keroncong...jadi misi seterusnya nak mencari makan la...kami xmkn befor naik boat sbb takut nnt trip boat abis..rupa2 nyer trip boat nie sampai kul 11.30 mlm. so, kami menuju ke pusat bandar sbb kerol nak makan asam pedas. dulu kerol penah de program kat melaka and makan kat satu kedai nie yang not bad gak la masakan nyer...tp mcm lupa2 plak la...tp yang paling nyata, kedai tue kat2 area hotel eq and berdekatan ngan dataran pahlawan. cari punya cari, kami pun jumpa...




asam pedas ikan pari...umph!


orang nyer berdua, tp air tiga???




pas perut dah kenyang, kami pun round2 jap and terus menuju balik hotel...kaki dah penat, mata dah ngantuk...kami balik hotel lebih kurang kul 12 mlm....zzZZZZZZzzzzz
pagi pun menjelma....

pe plan plak nie???mlm td masa melewati dataran pahlawan, kami dah plan perancangan tuk kesokan hari nye...jd, hari nie kami nak g a'famosa, st paul hill, menara taming sari and the list goes on....nie dah bersiap2 nie...





kul 9.00 am, kami check out from hotel and terus mencari tempat nak breakfast.perut dah menyanyi lalalalalala....cari kedai mkn nie ikut perasaan jek...main redah jek...pusing punya pusing, kami jumpa gerai mkn kat tepi sungai melaka...kat sini meyajikan makanan panas2...de mee bandung, mee hailam, mee sup...and mcm2 lg. dilla order mee bandung and kerol order mee sup. suasana kat sini mcm best jek...angin sepoi2 bahasa dari sungai, redup and sunyi...mmg nyaman! skali skala de bot polis lalu tuk jaga lalu lintas...hahahah







bila perut dah kenyang, baru la boleh menjelajah seluruh bandar melaka! so, kami pun mencari parking di area dataran pahlawan..parking kat sini pagi2 ok la...lum crowded lagi...parking bandaraya adalah berbayar and boleh beli kupon parking kat counter kraftangan dengan harga rm5 sepanjang hari...mudah kan? then kami pun menapak ke a'famosa and memanjat tangga menuju ke st paul hill...kira nie tempat wajib g la klu dtg melaka...




turun dari st paul hill, kami menuju ke dataran pahlawan...kan de shopping complex kat situ...lgpun the reason kami masuk dalam tue sbb dah panas kat luar nie hah...cair make up dilla! tambah plak dahaga...so, we decide tuk lepak tepi kolam ikan smbil menikmati bubble tea...




pas dah rehat2 sikit...kami pun meneruskan perjalanan menuju ke menara taming sari, bangunan merah and kapal. kami bercadang nak naik menara taming sari tue, tp mcm takut la plak sbb dia berpusing2. we both senang rasa pening, so we decide tuk xnak naik. nnt spoil lak hari klu dua2 pening. kami pun lepak je la kat situ.. kat situ de gak moto kecik, kete kecik tuk kanak2 bermain...



melepak sambil memerhatikan keadaan sekeliling




dah agak lama kami kat situ, kami pun beredar menuju ke bangunan yang bnyk org dok jual2 barangan kraftangan and tshirt...masa tue, jam telah pun menunjukkan pukul 12 thgri...kami xbercadang nak masuk kapal pun, cuma nak tgk2 jek...sbb before this dah penah datang pun....




memandangkan hari teramat la panas, kami decide nak masuk bangunan org berjual tue...org punya la ramai. ye la...sukma punya pasal la nie...and kat sungai melaka plak de pesta air.sambil2 jalan, kami pun dok usha2 la kot2 ade ape2 yang boleh dibeli...memandangkan hari panas, kerol belikan dilla kipas...sian tgk dilla...berpeluh2...then, beli tikar plak...tikar nie boleh guna tuk berkelah nnt. kat tingkat atas plak de tempat makan, so ape lg...cari makan tghri la...kerol tetap dengan misi mencari asam pedas yang best di melaka...


pas makan, kami sambung perjalanan ke bangunan merah. tp berenti jap tgk pesta air di sungai melaka, . rupa2 nyer de pertandingan boat naga.













mujur la ada beli tikar td, dapat gak la kami berehat di bawah pokok sambil tengok pertandingan boat naga...



dah tamat pertandingan boat naga, kami pun beredar dari situ dan menuju ke bangunan merah. kat situ mmg ramai orang. tp xlama kami kat situ sbb dah kepenatan. so, we decided tuk balik ke tempat kete and berear dari bandar melaka. sebelum menghampiri tol ayer keroh, kami berhenti di mcd kat taman buaya tue. lepak2 makan as lapik perut sbg persediaan tuk perjalanan jauh. lebih kurang kul 5.00 ptg, kami pun bertolak balik menuju kuala lumpur...kami tiba di kuala lumpur pada pukul 6.15 dan singgah sebentar di pwtc sbb nak tgk ekspo beli barangan buatan malaysia. kul 7.30 ptg kami tiba di rumah...

No comments:

Post a Comment