Tuesday, June 8, 2010

HUJUNG MINGGU @ KG RUNGKUP

pas keje hari jumaat tue, dilla & kerol balik kg rungkup, kg kerol. excited giler coz dah lama gak xbalik kg. lgpun tujuan balik kg tue sbb nak attend wedding najib & mija. so, around kul 6.30 ptg, kami pun memulakan perjalanan. half way, kerol dah xlarat, so dilla drive. kami smpai kg around kul 10 mlm.. pas mkn and rehat2, kami pun tido la..penat la katakan. esok pagi, kami ronda2 kampung naik moto pinjam. bukan pinjam ngan orang sebelah rumah, tp pinjam moto adik kerol, ayul.

dilla pegang petai kecik yang di ambil kat bagan



nie bergambar sambil moto bergerak nie tau!


pas abis satu kampung kami round, kami dok lepak kat kedai mak sambil menikmati breakfast, dilla mkn pulut ngan sambal & kuah kari and kerol plak mkn nasik lemak ngan sambal. seedddaapp....dua kali tambah tau! tengah hari tue, kami pun bersiap la nak g kenduri najib & mija. kami jugak merupakan pengapit kepada pasangan pengantin nie. tema mereka adalah hitam putih.

sementara tunggu pengantin...


nie kat rumah tempat pengantin bertanggak



sementara tunggu kumpulan kompang dari kuala lumpur and rombongan keluarga pengantin, kami dok la lepak2 dulu...sambil2 kemaskan ape yang ptt and yang paling penting, bergambar la...huuhuuu...

aik..sape yang ptt siapkan siapa nie???kompius...



najib dengan senyuman senget nyer...

walaupun mija xberapa sihat, mija tetap manis..



di iringi dengan aluan kompang, rombongan pengantin berarak dari rumah bertanggak lebih kurang pukul 1.00 pm. meriah gak kenduri najib nie...ramai orang kampung datang tuk menyaksikan majlis perkahwinan najib dan mija nie. menu selera kampung yang sungguh menyelerakan..

de kari daging, ayam goreng, pecal (menu wajib) and ikan goreng...

tak lupa jugak nasik minyak yang sungguh sedap


around kul 3 ptg, kami pun nak beredar la..tp sebelum balik, sempat bergambar ngan pasangan pengantin baru nie..


dah abis, ape lagi..balik la rumah. penat and panas, tp best. ramai kawan2 dari opis datang kenduri najib nie. dah penat2, pas solat, ape lg....tido la....petang, round2 kampung lagi naik moto sambil menikmati pemandangan petang yang nyaman. kat kedai mak pun ramai orang datang, mkn mee rebus and laksa.




aktiviti petang muda mudi kg nie plak, main futsal...



di malam hari plak, lepas je solat maghrib, kami pun bersiap2 nak g Bagan Datoh plak sebab de pasar malam kecik. nak g makan sup ngan sate...tiba jek kat pasar malam kami pun menuju ke gerai yang menjual sate and sup tue..perut pun lapar...

sup daging xde toge & bawang goreng


sate ayam 10 cucuk


mmmmm...sedap nyer...

sate ayam yang xberapa sedap...tp belasah je la...perut dah lapar


pas makan2, kami pun ke jeti bagan datoh, tempat satu hari dulu merupakan lokasi kami bergambar tuk album kawin kami. mengimbau kenangan manis sambil merencana masa hadapan bersama. best sgt mlm tue...angin laut menyapa muka, di temani cahaya lampu, duduk berdua bercinta...




pas syiok bercinta kat jeti dan orang pun makin ramai, kami pun beredar dari situ. kami menuju balik rumah la...hari pun dah makin gelap, mata pun dah makin berat...ape lg, masuk bilik dan tido la....zzzZZZZzzzz...
hari ahad, time to pack barang2 coz nak balik ke kl. lgpun ita and nurul nak ikut..since cuti sekolah, boleh la ita tolong kak sarah jaga anak2. lgpun kak sarah pun dah sarat. dalam kul 3 ptg, kami pun bergerak menuju ke klang coz nak g rumah cik mah nak tunjukkan gambar kawin. sampai rumah cik mah dalam kul 6 ptg. bnyk nyer kete...jap2 slow moving..jap2 berenti trafic light...we spent about an hour kat rumah cik mah..sembang punya sembang, xsedar hari dah nak mlm. so, terpaksa la mintak diri...otw nak ke kajang melalui kesas highway, tetiba de bunyi yang kurang menyenangkan...rupa2nyer tayar kete depan kat bahagian co pilot dah pecah...nasib menyebelahi kami coz masa kejadian tue, lagi 500 meter ke hentian rehat dan rawat and de pertronas kat situ...kerol slow down and park kete bawah lampu. dengan gagah perkasa, kerol menukar tayar kete. walaupun xde pengalaman, kerol gagah kan gak la diri...dilla pun de gak membantu...

kerol yang gagah perkasa

ish..ish...ketat plak la skru nie...



pas settle betulkan tayar kete, kami pun meneruskan perjalanan menuju ke rumah abg hisham. kak sarah dah pun ada kat sana masa kami sampai. kat rumah abg hisham, kak ros bt mee grg mamak, de sate and air strawberry. perut lapar, tp kepenatan, so xde la selera sgt nak mkn...kul 11 mlm mcm tue, kami pun berangkat balik...tiba di rumah kul 11.45 mlm...kerol kluar kan barang2 and pas mandi2, kami pun tido...ye la, isnin nak keje...

p/s: monday dilla mc daa.....

No comments:

Post a Comment