Friday, May 7, 2010

FREE LUNCH

bak kata org, hari jumaat, bnyakkan sedekah...amik berkat hari jumaat...
sbb tue la, sempena hari jumaat yang mulia nie, hazimi bermurah hari nak belanja kawan2 di opis mkn tengah hari...menu hari nie, nasik putih, daging salai masak lemak, ayam masak merah, sayur campur, ikan masin, ulam-ulaman dan sambal belacan.buah nyer plak adalah rambutan (musin rambutan ke skrg nie?)+ air belimbing. sedap hingga menjilat jari!!!!kenyang giler!!


tuan badan yang bermurah hati hari nie- hazimi


lauk pauk yang terhidang....nyum...nyum...

menunggu sang arjuna menghabiskan makanan

muka kenyang...alhamdulillah...

BIRTHDAY CELEBRATION


malam tadi, ayah ngan nyah bersama-sama anak2 nya bertandang ke rumah yang di bukit antarabangsa. angah, nyah's husband xdapat nak join coz de urusan belajar dia. jadi, pas solat maghrib, kami pun bergerak ke sana. tp sebelum tue, singgah KFC jap beli ayam sebagai tambahan to nasik grg and mee grg. before masuk DUKE, beli minya kete jap, so boleh la merempit kat DUKE. becoz kindda late, dah kul 8.30 pun lum half way lg. ayah plak dah smpai bukit antarabangsa. masuk jek rumah, riuh rendah ngan suara budak2 tue...nabil auni and si kecik elman tu. it been a while xjumpa ngan nyah and family, last jumpa masa kenduri kawin kami hari tue la...
mlm td gak de birthday celebration for elman (5 mei) and nabil (29 april). Yang bt some decoration on the wall, belikan kek and on our part, we bring the dinner and present for the kids. tp hadiah kena beli 3, sbb nnt de yang berkecil hati...




Nyah and the kids with chocolate cake, kfc, jelly, nasik grg and mee grg (tersorok blkg kotak kek tue)




Thursday, May 6, 2010

REZEKI DI PAGI KHAMIS

pagi yang indah...
rutin kami seperti biasa, cuma, hari ni xyah prepare breakfast coz de yang bermurah hati tuk belanja breakfast. as lapik perut, de la buat roti bakar bubuh kaya ngan planta...hangit sket, tp sedap tau! hari nie x kelam kabut macam selalu.. hahaha!!.. insan yang bermurah hati tu ialah En Amir.. otai di opis ni... Alhamdulillah...mudah-mudahan di murahkan rezeki Abg Amir...menu pagi td nasi lemak daun pisang dan kuih muih...meletop weiii!!!rugi sapa tak rasa... disamping teh dan kopi Cap Hang Tuah, hasil bancuhan kak eda..ramai yang kata kopi kak edah buat nie sedap...koww2!!!jam sudah 8.30 pg tapi masih lagi dok sembang-sembang kat pantri...maklumlah kalau dah cukup korum masing-masing nak cerita itu dan ini...walau ape pun terima kasih abg amir...

NASIK LEMAK DAUN PISANG

Wednesday, May 5, 2010

TIDO YANG TIDAK LENA

mlm td kami xlena tido...puncanya????org dok repair jln kat belakang rumah. yang paling bengang bila lori 3 tan reverse...bunyi sensor tu, sket punya kuat la...tut..tut..tut...sakit hati dan telinga tau! akibatnya, kul 7 baru la bangun dari pembaringan. pas mandi and solat subuh, kami pun memulakan rutin seperti biasa, mengemas katil, bukak tv dengar berita and prepare breakfast. menu breakfast hari nie, nugget 5 ketul, roti cheesedale + sosej and balance bihun grg mlm td di panas dengan microwave hadiah kawin...sambil breakfast, sambil tengok berita di Astro Awani. plan pagi nie nak kluar rumah awal sket coz de construction jln tue, tp leka tengok tv, kluar rumah kul 8.20 gak...akibatnya, kami berlari-lari la dari kete di b1 ke lif and then g ting 2 tuk thumb print. fuh.....nasib sempat!

Tuesday, May 4, 2010

CINTA KITA...

Tidak perlu mencari teman secantik Balqis,
Andai diri tak sehebat Sulaiman,
Mengapa mengharap teman setampan Yusof,
Jika kasih tak setulus Zulaika,
Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim,
Andai diri tak sekuat Siti Hajar,
Dan mengapa didambakan teman hidup yang
sesempurna Muhammad,
Jika ada keburukan pada diri,
Bimbinglah dirinya dan
Terimalah kekurangan itu sebagai keunikan,
Carilah kebaikan pada dirinya,
Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya
Dan berdoalah dia milikmu…

Selamanya...


Friday, April 30, 2010

KISAH KITA BERDUA

Alkisahnya ttg percintaan kami...

kami menemui cinta... sekembali dari trip di Pulau Redang. entah bagaimana cinta boleh berputik dari sana. kami telah lama kenal, rakan sekerja...namun, takdir yang menentukan segalanya...sekembali dari Pulau Redang, kami meneruskan hari2 kami seperti biasa. tapi ada sesuatu di hati ini yang menyatakan dia adalah orang nya...banyak aktiviti yang kami lakukan bersama. bermain bola tampar, menonton wayang bersama rakan sekerja yang lain dan juga melepak di kedai mamak.

akhir nya, pada tanggal 29 November 2009, aku dan dia ditunangkan di dalam majlis yang serba ringkas. tempoh bertunang tidak lama, hanya 4 bulan.
pada tanggal 27 Mac 2010, kami disatukan didalam majlis yang serba indah. ..


MOMENT-MOMENT SEWAKTU PERNIKAHAN KAMI

"YA ALLAH....SATUKANLAH HATI KAMI SEBAGAIMANA ENGKAU SATUKAN HATI ADAM DAN HAWA, YUSUF DAN ZULAIKHA DAN SEPERTI ENGKAU SATUKAN HATI MUHAMMAD S.A.W DAN SITI KHADIJAH. SATUKANLAH KAMI DENGAN IMAN, KEYAKINAN DAN TAWAKAL KEPADAMU. JADIKANLAH KAMI SUAMI SOLEH YANG SENTIASA MEMIMPIN DAN ISTERI SOLEHAH YANG SENTIASA MEMBANTU. MURAHKAN LAH REZEKI KAMI DAN KURNIAKAN LAH KEPADA KAMI ZURIAT YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH. SEMOGA KEHIDUPAN KAMI DIPENUHI AL-MAWADDAH DAN AL-RAHMAN DI DUNIA DAN AKHIRAT" SESUNGGUHNYA KAULAH YANG MAHA PENYAYANG DAN MAHA MENGETAHUI.

AMIN, YARABBAL ALAMIN....