Wednesday, April 25, 2012

CELEBRATION!




eh,? kek???nie la kek sempena birthday our lil princess, Damia Zaraa...

cepat tul masa berlalu, dah setahun anak mama n ayah nie...kejap jek kan? sabtu lepas her 1st birthday..mmg xde plan for birthday party,cuma nk sambut kecil-kecilan kami bertiga di rumah jek...tp since dat sabtu mama kena g opis coz de keje2 pembersihan nk bt,tercelebrate lah birthday damia kat opis plak...plus dgn kudut belanja lunch McD, ... mama n ayah pun g la beli kek (sgt cute jek kek nie), ice cream n jajan...a very sweet n simple celebration..damia cam malu2...ye,la..ramai2 nyanyi birthday song kat dia...



nie some snap shoot masa celebration dia...
damia dengan muka terkejut n malu...







nie plak, damia tgh dok meneroka hadiah dari ayah dia...bersungguh jek rupa anak mama nie..

 



DAMIA ZARAA...JADI ANAK YANG BAIK YER...ANAK YANG MENJAGA MARUAH DIRI & KELUARGA... MAMA & AYAH SAYANG SGT KAT DAMIA ZARAA...




Friday, April 20, 2012

GRILL...

hhhmmm...perkara terpenting nak masuk rumah nie adalah grill...nape penting? ye, la...klu kawasan perumahan baru dikuathiri akan berlaku kes pecah rumah..mana xnyer, kawasan baru kan mcm xramai orang lagi, so senang la pencuri/perompak nak pecah masuk rumah. lagi pun skrg nie mmg keperluan kot pasang grill nie.


dilla n kerol plan, bila dapat jek kunci terus call abang Sarji nie tuk start bt grill rumah kami. bila grill dah siap nak pasang lampu n kipas and KC then baru la aturkan tuk hantar barang & seterus nya mendiami rumah kami...klu plan on paper @ cakap2 mcm nie mmg mcm sap sap soi je la kan..tp bnyk gak keje tue...

plan kami nak bt grill yang melintang putih tue (which is trend masa kini) dengan ketebalan 2 cm. rupa grill tue mcm nie




de satu lagi style, tp dilla n kerol xberkenan n mahal rm.0.30 perkaki dari grill yang kami nak tue...







kami xnak guna yang wough iron tue, sbb xcukup budget n xrasa mcm nak guna wrough iron. mmg cantik, tp....nnt lah...kot2 dah umur 40 tahun, grill putih tue dah berkarat baru la ganti kot..ahaks! rupa wrough iron nyer grill mcm nie





hhurmmm..tue baru grill..entri seterusnya dilla akan ceritakan pasal KC...



Wednesday, April 18, 2012

KESIBUKAN MELANDA





salam...


lama tul xupdate blog nie..dah bersawang pun..hahaha


bukan ape, skrg nie dok tengah bz urusan pembelian rumah...dengan kelas n exam kerol lagi...dengan kerenah damia yang semakin bijak....ish..ish..ishk....


setakat nie kami masih menunggu BPP untuk release kan cheque tuk dibayar pd developer. makin dah xsabar nak dpt kunci...ye, la..rumah sendiri, mesti la excited kan!


dalam kesibukan tue sempat gak la kami dok mensurvey barangan yang diperlukan di dalam rumah kami nnt...(mcm best jek...RUMAH KAMI). stakat nie kami dah book kitchen cabnet (KC), dah jumpa ngan brother yang boleh bt grill, dah beli lampu (sket2 je baru), kipas plak lom lagi...tp dah tau la kat mana yang ok-ok harga nyer.


masa cuti pertabalan agong hari tue kami g Puchong tuk beli lampu..kedai nie mmg dasyat la..ramai giler org, sampai nak bayar pun kena amik nombor..dah macam kat bank plak. pilihan mmg banyak, smpai pening...we took hours tuk decide lampu2 yang nak dibeli. tp kami xbeli bnyk terus cos xmuat kete..hahaahhaa. tp walaupun harga affordable, bila dah beli bnyk, menggeletar gak la nak bayar kan????kipas xbeli lagi coz xmuat. fyi, KDK n Panasonic di buat di kilang yang sama. harga pun xjauh beza. KDK yang 3 bilah guna regulator tue around RM119. kata sales person kat situ, brand alpha pun ok, gak.


tuk KC, dah bnyk tempat kami survey, kebanyakkan nyer over RM4000. bukan ape, kite kena ade satu design yang kita nak, then material ape coz susah nak dapatkan harga klu kite xdecide those things. bila g showroom, mmg la rambang mata kan. mudah klu kedai tue boleh provide skali ngan hood n hob. and we must decide the accessories yang kita nak...semua harga berbeza2...so, isnin yang lepas, pas kerol exam, we go to dis showroom tuk KC, n we decided to book the KC with this brother, namanyer Shamsul. orang nyer sgt ok...ramah n boleh tanya mcm2 ngan dia. tuk our KC, we took tha basic one, around RM3,400.00.


grill plak, hari tue dah tanya ngan brother sarji nie, dia kata around RM2,000.00. tp tue just roughly jek. sbb xukur tingkap/sliding door tue betul2...


bukan senang kan nak masuk rumah nie...tue pun wardrobe kami xbuat lagi...may x dalam masa 5-6 tahun nie..terpaksa di KIV dulu. bt mana yang patut jek. awning lom lagi..xtau nak guna awning biasa atau guna polycarbonate, simen depan xdecide lagi nak bt ke x...


ADOIIII....banyak la benda nak pikir....







Wednesday, February 29, 2012

SETUJU!

KUALA LUMPUR - Konsert penyanyi wanita Amerika, Erykah Badu yang dijadual berlangsung di ibu negara malam ini dibatalkan kerana melanggar garis panduan Agensi Pusat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).


Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman Tumblr beliau berkata, persembahan itu juga dibatalkan kerana melanggar syarat-syarat kelulusan iaitu menyentuh sensitiviti agama, bangsa serta nilai budaya masyarakat Malaysia.Erykah Badu yang berasal dari Dallas, Texas pernah memenangi anugerah Grammy dan dijadual membuat persembahan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini malam ini.


Erykah sudah pun berada di Kuala Lumpur sejak Ahad lalu.Rais berkata, perbuatan artis itu meletakkan tulisan kalimah Allah di badan tanpa baju adalah satu penghinaan kepada agama Islam dan merupakan kesalahan yang serius."Perlanggaran syarat ini telah menimbulkan bantahan masyarakat yang boleh menjejaskan keselamatan negara dan memberi impak negatif kepada imej kerajaan," katanya



ini merupakan artikel mengenai pembatalan konsert Erykah Badu ekoran terpampang gambar artis pompuan nie yang mempunya tatu perkataan Allah di dalam tulisan arab di akhbar tempatan The Star.


dilla mmg sgt BERSETUJU dengan langkah2 yang diambil oleh kerajaan...Saya sbg rakyat MALAYSIA sgt BANGGA dengan pendirian tegas kerajaan terhadap artis yang mempersendakan agama Islam dan Allah.


ape yang menyebabkan konsert ini dibatalkan???


1. Erykah Badu telah melanggar syariat agama Islam;

2. mempermainkan kalimah Allah ; dan

3. melanggar sensitiviti masyarakat Islam yang Beriman


xkesah la klu de artis Malaysia yang cetek akal melalak di Twitter dan Facebook menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap pembatalan ini. wahai artis2...korang nie kenapa???xrasa sensitif langsung ke? ape yang Kerajaan lakukan untuk menjaga kesucian agama kita, agama Islam. Wahai Baki Zainal, Adibah Noor, Hunny Madu, Daphnie dan yang lain2...tlg la jgn nak komen ape2 klu ilmu ttg agama pun xberapa nak bagus! dilla xkata ilmu agama yang dilla ada nie bagus, tp at least i feel so insulted with Erykah Badu's photo in The Star. Lagi satu yang dilla xpuas hati is, The Star newspaper yang BANGANG sgt letak gambar tue nape? dah xde gambar lain ke nak letak? xde mata ke korang? xde rasa sensitif ke? u guys are so STUPID! dari wartawan hingga la editor..BODOH tahap binatang!


mmg entry dilla nie agak emo...xkesah la yang penting dilla BENCI org yang menghina ISLAM!


Monday, February 27, 2012

TV OH TV

hari Khamis yang indah, ketika kami ingin berehat menonton tv, tetiba tv rosak! damn...boleh rosak plak!.terasa hati ke TV nie kami dok usha tv baru each time g Tesco n Carrefour atau pun mana-mana electrical store.. (boleh erk tv terasa hati??)

tp nak bt mcm mane..it's about time gak la kot coz tv nie kerol guna since bujang lagi...mmg boring habis la kami masa tue...ye la..slalu balik keje jek terus pasang tv...redha je la...so, weekend hari tue konon nak g usha tv gak la...kebetulan masa g jalan ke Ampang, kami singgah la Carrefour Ampang...masa tue pun dah kat kul 10 mlm..Carrefour tutup kul 11 mlm...dok usha2 tue, mcm terbekenan ngan Sharp 40" tue..pas tue plak promoter tue, Andy nama nyer sgt ramah and very informative. ape sahaja pertanyaan kerol dia jawab and dia bt comparison lagi ngan Sony. hati kerol dah macam berbelah bagi...to buy or not to buy???it's like 100 kali gak la kerol dok tanya dilla..dilla ok jek coz yang bayar nyer mesti la ketua isi rumah kan???

tik tok..tik tok. dah kul 10.35 mlm, we decided to purchase the tv..menggeletar gak la bayar tv tue... hahahaa...kebetulan dapat plak voucher Carrefour rm40..kerol kata bt beli ayam..hahahaaa


muka puas hati sbb dapat TV besar


Tuesday, February 21, 2012

10 MONTHS TODAY


hari nie, 21 Februari 2012...damia zaraa turn 10 months today!!!cepat tul masa berlalu..rasa mcm baru je lg bergelar mama n ayah..tgk2 skrg damia dah makin aktif n tak dok diam..seronok sgt tgk telatah dia..skrg damia dah meniti-niti kat tepi meja lipat, kabinet tv n klu naik walker bkn main ligat...

yang paling best ttg damia nie, klu bgn tido, mesti senyum..n damia bangun awal...kadang2 dia bgn dulu dari mama n ayah...pas tue siap la..dia akan gomol mama atau ayah nyer sampai bgn...

Damia Zaraa sayang,

mama n ayah harap damia menjadi anak yang solehah n anak yang menjaga peribadi dan maruah mu..mama n ayah sentiasa akan mendoakan kesejahteraan anak mama n ayah yang sorg nie...jadi lah anak yang mendengar kata mama n ayah insyallah, hidup ini akan berada di dalam keberkatan. Mama n ayah sayang sgt kat damia zaraa...

Monday, February 13, 2012

BUAH DELIMA



mana nak cari buah delima erk? kata nyer buah delima boleh tambah darah? lagipun mmg dah nyatakan dalam Quran buah delima nie bnyk khasiatnya...anyway, damia boleh minum jus buah delima x? sesuai x ngan dia? xnak bk bg damia mkn buah dilma plak, kan..klu damia boleh minum jus delima at least dia dapat khasiat buah delima tue secara direct...adoyai...