Monday, June 21, 2010

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH


nie adalah suasana semasa kami dalam perjalanan nak ke selatan. pas main volleyball tue, kami plan nak bercuti ke melaka, tp kononnyer nak singgah sebentar di seremban for our opismate wedding, (sorry bnyk2 ye zz & sofia) tp dah 2 jam tersekat di jem nie, kami terpaksa batalkan niat kami itu, dan terus menuju melaka bandaraya bersejarah. kami tiba di hotel lebih kurang kul 7.00 ptg. penat sgt, tp at the same time we are very excited sbb nak berjalan2 di sini...

so, pas mandi2 dan solat, agak2 dah segar, kami kluar menuju ke melaka river cruise (mrc). pusing punya pusing, jumpa la jeti mrc nie...melaka nie, jalan nyer boleh tahan gak...one way, so agak keliru...harga tiket xmahal...cuma rm10 per adult and for kid, xingat sbb kami lum de kid lg..ahaks!

masa tgh q nak beli tiket



nie kat pintu masuk pas beli tiket


syiok naik bot malam2 nie...nyaman jek..orang agak ramai, ye la mlm minggu and kan melaka tuan rumah sukma, so meriah sgt suasana kat sini. perjalanan menyusuri sungai melaka sgt best...nak tggu turn pun xlama sgt...and kat situ de service org amikkan gambar...klu nak d print, bayar la about rm28.00 klu xsilap.


masa tgh beratur nak naik boat



muka menghayati keindahan sungai melaka...





semasa menyusuri sungai melaka, para pengunjung berikan penerangan apa yang terdapat di sepanjang sungai nie. mula2 kita akan menempuh rumah kampung melayu lama...lampu2 yang terang benderang mencantikkan lagi suasana tebing sungai. selepas rumah melayu lama, kita dapat melihat bangunan2 lama dan baru yang menghadap sungai, then de pirate park, air pancut berirama, kincir air, kapal yang dijadikan muzium, dan area2 yang berdekatan bangunan merah yang glamor tue.



nie adalah sedikit sebyk gambar di sepanjang sungai melaka


before bot bergerak...



pirate park




air pancut berirama



pas menyusuri sungai melaka, perut plak mendendangkan irama keroncong...jadi misi seterusnya nak mencari makan la...kami xmkn befor naik boat sbb takut nnt trip boat abis..rupa2 nyer trip boat nie sampai kul 11.30 mlm. so, kami menuju ke pusat bandar sbb kerol nak makan asam pedas. dulu kerol penah de program kat melaka and makan kat satu kedai nie yang not bad gak la masakan nyer...tp mcm lupa2 plak la...tp yang paling nyata, kedai tue kat2 area hotel eq and berdekatan ngan dataran pahlawan. cari punya cari, kami pun jumpa...




asam pedas ikan pari...umph!


orang nyer berdua, tp air tiga???




pas perut dah kenyang, kami pun round2 jap and terus menuju balik hotel...kaki dah penat, mata dah ngantuk...kami balik hotel lebih kurang kul 12 mlm....zzZZZZZZzzzzz
pagi pun menjelma....

pe plan plak nie???mlm td masa melewati dataran pahlawan, kami dah plan perancangan tuk kesokan hari nye...jd, hari nie kami nak g a'famosa, st paul hill, menara taming sari and the list goes on....nie dah bersiap2 nie...





kul 9.00 am, kami check out from hotel and terus mencari tempat nak breakfast.perut dah menyanyi lalalalalala....cari kedai mkn nie ikut perasaan jek...main redah jek...pusing punya pusing, kami jumpa gerai mkn kat tepi sungai melaka...kat sini meyajikan makanan panas2...de mee bandung, mee hailam, mee sup...and mcm2 lg. dilla order mee bandung and kerol order mee sup. suasana kat sini mcm best jek...angin sepoi2 bahasa dari sungai, redup and sunyi...mmg nyaman! skali skala de bot polis lalu tuk jaga lalu lintas...hahahah







bila perut dah kenyang, baru la boleh menjelajah seluruh bandar melaka! so, kami pun mencari parking di area dataran pahlawan..parking kat sini pagi2 ok la...lum crowded lagi...parking bandaraya adalah berbayar and boleh beli kupon parking kat counter kraftangan dengan harga rm5 sepanjang hari...mudah kan? then kami pun menapak ke a'famosa and memanjat tangga menuju ke st paul hill...kira nie tempat wajib g la klu dtg melaka...




turun dari st paul hill, kami menuju ke dataran pahlawan...kan de shopping complex kat situ...lgpun the reason kami masuk dalam tue sbb dah panas kat luar nie hah...cair make up dilla! tambah plak dahaga...so, we decide tuk lepak tepi kolam ikan smbil menikmati bubble tea...




pas dah rehat2 sikit...kami pun meneruskan perjalanan menuju ke menara taming sari, bangunan merah and kapal. kami bercadang nak naik menara taming sari tue, tp mcm takut la plak sbb dia berpusing2. we both senang rasa pening, so we decide tuk xnak naik. nnt spoil lak hari klu dua2 pening. kami pun lepak je la kat situ.. kat situ de gak moto kecik, kete kecik tuk kanak2 bermain...



melepak sambil memerhatikan keadaan sekeliling




dah agak lama kami kat situ, kami pun beredar menuju ke bangunan yang bnyk org dok jual2 barangan kraftangan and tshirt...masa tue, jam telah pun menunjukkan pukul 12 thgri...kami xbercadang nak masuk kapal pun, cuma nak tgk2 jek...sbb before this dah penah datang pun....




memandangkan hari teramat la panas, kami decide nak masuk bangunan org berjual tue...org punya la ramai. ye la...sukma punya pasal la nie...and kat sungai melaka plak de pesta air.sambil2 jalan, kami pun dok usha2 la kot2 ade ape2 yang boleh dibeli...memandangkan hari panas, kerol belikan dilla kipas...sian tgk dilla...berpeluh2...then, beli tikar plak...tikar nie boleh guna tuk berkelah nnt. kat tingkat atas plak de tempat makan, so ape lg...cari makan tghri la...kerol tetap dengan misi mencari asam pedas yang best di melaka...


pas makan, kami sambung perjalanan ke bangunan merah. tp berenti jap tgk pesta air di sungai melaka, . rupa2 nyer de pertandingan boat naga.













mujur la ada beli tikar td, dapat gak la kami berehat di bawah pokok sambil tengok pertandingan boat naga...



dah tamat pertandingan boat naga, kami pun beredar dari situ dan menuju ke bangunan merah. kat situ mmg ramai orang. tp xlama kami kat situ sbb dah kepenatan. so, we decided tuk balik ke tempat kete and berear dari bandar melaka. sebelum menghampiri tol ayer keroh, kami berhenti di mcd kat taman buaya tue. lepak2 makan as lapik perut sbg persediaan tuk perjalanan jauh. lebih kurang kul 5.00 ptg, kami pun bertolak balik menuju kuala lumpur...kami tiba di kuala lumpur pada pukul 6.15 dan singgah sebentar di pwtc sbb nak tgk ekspo beli barangan buatan malaysia. kul 7.30 ptg kami tiba di rumah...

INTER AGENSI 2010 - MISI MEMBURU KEJUARAAN

since early jun, team volleyball lelaki & perempuan giat berlatih sempena inter agensi yang akan berlangsung pada 11 Julai 2010 ini nnt. sudah semestinya kami memburu kejuaraan bagi menjulang nama agensi kami. seperti tahun lepas, team wanita adalah juara, tetapi team lelaki kecundang di peringkat suku akhir. oleh yang demikian, kami dengan penuh dedikasi ingin memburu kejuaraan bagi kedua2 team...latihan diadakan setiap isnin, selasa and rabu. manakala hari jumaat, kelas teori plak. hari sabtu masa tuk latih tubi. sebelum inter agensi, kedua-dua pasukan akan bertempur di medan MAKSWIP di UM pada 26 Jun 2010 ini nnt sebagai persiapan menghadapi inter agensi. selain tu, kami gak mengadakan friendly game ngan agensi2 yang available. namun begitu, dilla dan kerol tidak dapat nak join masa di MAKSWIP nnt sbb sepupu dilla kawin kat putrajaya. tp semangat kami tetap bersama ahli pasukan yang lain

kelas teori hari jumaat

kelas teori diadakan setiap jumaat. coach kami yang begitu berdedikasi sanggup datang ke opis kami setiap jumaat bagi memberi penerangan berkaitan strategi permainan. lihat la kesungguhan para pemain mendengar penerangan dari coach.

masing-masing menunjukkan muka bersungguh-sungguh




kak zue...tgk depan la...




kami mcm biasa la...







for your info, team volleyball nie, de penyakit sawan camera..pantang orang amik gambar, pasti de yang posing...




taklimat, taklimat gak..tp makan tetap ada...tghri tue, kami dihidangkan dengan buah betik and buah lai bersama air teh dan nescafe...sebagai lapik perut. nnt pas taklimat nak makan ape2 pun boleh....cari la kat jalan duta tue...mcm2 ada...






hari sabtu - first ball training


hari sabtu yang lalu, bertempat di court kat opis, latihan bermula jam 8.30 pg. alhamdulalliah, kedatangan ahli pasukan kali ini agak memberangsangkan. coach menggunakan peluang ini melatih kami bersedia menghadapi fisrt ball- iaitu ball yang datang dari arah lawan tuk di pass kan pada ahli pasukan yang lain. ini kerana masa friendly game rabu lepas coach mendapati kebanyakan ahli pasukan bnyk membuat kesilapan amik first ball dan ini dikhuatiri akan menjadi punca point tuk pihak lawan. latihan berlanngsung sehingga kul 11.00 pg


suasana latihan hari sabtu.





adoi...penat nyer la hari nie...




















Friday, June 18, 2010

WHAT???

hari rabu hari tue, pas keje dilla g court volleyball coz de friendly ngan lhdn & kerol plak kena g class, so dengan hati yang pasrah, dilla balik tumpang kete kak yan...dalam kul 8.30 mlm, kerol dah balik kebetulan kelas abis awal...so, after dinner yang dilla masak, kami dok berpikir mana nak g mlm nie. sepatutnya g tgk wayng, tp sbb kerol de class, plan cancel. sedang kami crack our head berpikir mana nak g, tetiba terdengar bunyi moto emy...rupa2 nya emy xkeje..dia cuti hari nie...so, ting! ada idea...mlm nie kite merempit la!!!tp secara bersopan la.....huhuuu...so, kami pun bersiap, start the engine...

konon2 nyer nak g usha mak nyah kat lorong haji taib, tp xjd, coz dilla takut and kerol pun sbnrnya xtau kat mana exact lorong nak g usha...pas tue, tempat wajib berenti ialah dataran merdeka. meriah rupa2 nyer kat dataran since world cup nie. de screen besar and semua boleh tgk wayang free of charge. ramai gak, yang main badminton pun de gak...pas lepak dalam 10 minit, kami pun chow...nak g bukit bintang plak! otw ke bb, kami lalu kat area puduraya...skali kena tahan ngan polis la plak...nasib baik bukan dilla yang bawak moto coz lesen dilla dah expired last month. ahaks! the policeman check ic kerol, lesen memandu and roadtax. semua settle, boleh jalan...huhusampai bukit bintang...masyallah....banyak nyer orang n kete! bukan mlm minggu pun, ramai gak...so, we decided to lepak kat tempat yang de live band tue...


sambil layan lagu....


we order milo ais for kerol and tembikai laici for dilla...

yang menarik nyer, masa liveband perform, there is a foreigner menari ikut lagu tue. gaya menarinyer, mcm orang patah pinggang! huhuu...tp amaze gak coz kat 4 lagu gak dia menari...xpenat ker mamat nie???xpun mabuk...after a while, live bandpun berenti perform for break...so, ape tggu lg, kami pun chow la...before chow, bayar la minuman kami nie, skali resit datang, kena bayar rm15.50...milo ais rm5.00, tembikai laici rm10.00 and service charge rm.050. aik..kedai tepi jalan mcm nie pun charge mcm nie punya mahal ker???melampau betul la... lain kali xnak order minum kat situ lg dah...geram nie tau!!

Thursday, June 17, 2010

HMMM...APE CER???

dah lama rasa nyer kerol and dilla xupdate blog nie. bukan ape...nak kata bz, mmg la bz sket, tp sbnr nyer asyik terlupa nak update sbb ralit tgk cerita Glee. best betul cerita nie...penuh warna warni and drama....
ok, last week, aktiviti hari sabtu kami bermula dengan training volleyball. inter agensi dah nak dekat, so coach pun suruh la bt training setiap hari isnin- rabu and sabtu as well. last year team pompuan jore...so, kena la training tuk mengekalkan kejuaraan. mujur sabtu lepas cuaca nyaman...xde la panas terik...so, sgt best main volleyball...xsedar pun hari dah kul 11 pg... kami berangkat pulang pun sbb kak sarah call, de kat depan rumah..

gaya seorang spiker to be...




iklan bola tampar...



marina berdebar tggu bola maut pukulan coach yang begitu berdedikasi


suasana di court volleyball...siap bawak tikar lg tau!


nape kak sarah dtg rumah kami???sbb nyer.........kak sarah mintak tlg hantar anak2 dia balik kg! lgpun ita ngan nurul dah nak kena balik kg gak..umi nurul dah rindu ngan nurul...lg satu sbb, kak sarah dah nak bersalin, kena la lapangkan fikiran, anak2 perlu di kuarantine kan di kg...xla kelam kabut sgt kak sarah nak mengendalikan family. nnt pas bersalin kak sarah balik la kg...
so, perjalanan bermula dalam kul 4 petang dan kami tiba di rumah mak around kul 7.30pm. penat, mmg la penat coz pg td main volleyball...sampai rumah mak, dilla plak sakit kepala...so, pas mandi and mkn sket, dilla masuk tido jek...borriinngg.....

pg esok nyer, dalam kul 11.pg kami bertolak balik...saje balik awal...best sket, lgpun rumah pun xberapa kemas sgt...so, klu sampai awal, boleh la bt ape yang ptt kat rumah. tp masalah bermula bila dilla sakit kepala lg...half way of the journey, dilla tido jek...xboleh tahan...sampai je rumah, kerol bg dilla mkn ubat and terus tido...ptg2 around kul 4 ptg, dilla terjaga sbb lapar...mau xlapar, tghri mana de mkn...nasib td de tapau mknan kat kedai mak, so dilla mkn la nasik impit yang kerol tinggal kan td. since sakit kepala pun dah kurang, lebih kurang kul 6 ptg tue, kami pun kluar..jalan2 cari pasal...so kami g taman tasik ttwangsa sbb nak mkn char kuey tiau kat situ...bnyk kali dah lalu, tp xpenah try. smabil2 tue konon nak bersiar2 kat taman tasik la...tp mak ooi....bnyk nyer orang! siap jem lg kat keliling tasik tue. tp seronok gak tgk gelagat orang2 yang de kat situ smabil menaiki kete...de yang main badminton, de yang berjogging and de yang bercinta...dah abis pusing taman tasik, kami pun mengadap la char kuey tiau...rupa mcm sedap, td saiz nyer kecik...mcm xpuas la plak...


pas abis mkn, kami menuju ke ampang point...saje to kill the time. lgpun nnt nak g rumah yang, lepak2 jap...so, sementara tue, jalan2 la kat ampang point jap...pusing2 cari ape2 yang boleh di beli. hasil nyer, kerol be poket dvd and dilla beli eye liner color brown. pas abis pusing2, mcm dahaga la plak...so, kami g lepak kat secret recipe kat area ampang point tue. we ordered a slice of choc cheese and ice lemon tea.


sepotong kek secawan air...dikongsi bersama sepasang kekasih...cewah!

pas abis kami bedal kek ngan air nie, baru la kami berangkat ke rumah yang di bukit antarabangsa. sebelum tue, xlupa tapau 2 potong kek chocolate indulgance tuk rumah kami, and brownies walnut tuk yang sebagai buah tangan. kat rumah yang, xde bt ape2 pun...just lepak2 tanya kabar and tgk tv. sementara tue, berFB jap...masa tgk tue, tertengok la rancangan mentor @ TV3...minggu tue kan group 2, mentor yang terdiri drpd ziana zain, mus and dayang. yang paling xtahan bila segmen calon uji bakat terpilih...yang menjadi tumpuan bukan orang yang menyaniy tue, tp si baju pink kat bawah pentas tue...giler over... siap ikut nyanyi guna hp tue...ape nak jd ntah la....klu orang mengaji xnak plak ikut...haha!amik ko!

pas settle2 kami pun balik la...sampai rumah, kemas kan diri, dan tido....


Tuesday, June 8, 2010

HUJUNG MINGGU @ KG RUNGKUP

pas keje hari jumaat tue, dilla & kerol balik kg rungkup, kg kerol. excited giler coz dah lama gak xbalik kg. lgpun tujuan balik kg tue sbb nak attend wedding najib & mija. so, around kul 6.30 ptg, kami pun memulakan perjalanan. half way, kerol dah xlarat, so dilla drive. kami smpai kg around kul 10 mlm.. pas mkn and rehat2, kami pun tido la..penat la katakan. esok pagi, kami ronda2 kampung naik moto pinjam. bukan pinjam ngan orang sebelah rumah, tp pinjam moto adik kerol, ayul.

dilla pegang petai kecik yang di ambil kat bagan



nie bergambar sambil moto bergerak nie tau!


pas abis satu kampung kami round, kami dok lepak kat kedai mak sambil menikmati breakfast, dilla mkn pulut ngan sambal & kuah kari and kerol plak mkn nasik lemak ngan sambal. seedddaapp....dua kali tambah tau! tengah hari tue, kami pun bersiap la nak g kenduri najib & mija. kami jugak merupakan pengapit kepada pasangan pengantin nie. tema mereka adalah hitam putih.

sementara tunggu pengantin...


nie kat rumah tempat pengantin bertanggak



sementara tunggu kumpulan kompang dari kuala lumpur and rombongan keluarga pengantin, kami dok la lepak2 dulu...sambil2 kemaskan ape yang ptt and yang paling penting, bergambar la...huuhuuu...

aik..sape yang ptt siapkan siapa nie???kompius...



najib dengan senyuman senget nyer...

walaupun mija xberapa sihat, mija tetap manis..



di iringi dengan aluan kompang, rombongan pengantin berarak dari rumah bertanggak lebih kurang pukul 1.00 pm. meriah gak kenduri najib nie...ramai orang kampung datang tuk menyaksikan majlis perkahwinan najib dan mija nie. menu selera kampung yang sungguh menyelerakan..

de kari daging, ayam goreng, pecal (menu wajib) and ikan goreng...

tak lupa jugak nasik minyak yang sungguh sedap


around kul 3 ptg, kami pun nak beredar la..tp sebelum balik, sempat bergambar ngan pasangan pengantin baru nie..


dah abis, ape lagi..balik la rumah. penat and panas, tp best. ramai kawan2 dari opis datang kenduri najib nie. dah penat2, pas solat, ape lg....tido la....petang, round2 kampung lagi naik moto sambil menikmati pemandangan petang yang nyaman. kat kedai mak pun ramai orang datang, mkn mee rebus and laksa.




aktiviti petang muda mudi kg nie plak, main futsal...



di malam hari plak, lepas je solat maghrib, kami pun bersiap2 nak g Bagan Datoh plak sebab de pasar malam kecik. nak g makan sup ngan sate...tiba jek kat pasar malam kami pun menuju ke gerai yang menjual sate and sup tue..perut pun lapar...

sup daging xde toge & bawang goreng


sate ayam 10 cucuk


mmmmm...sedap nyer...

sate ayam yang xberapa sedap...tp belasah je la...perut dah lapar


pas makan2, kami pun ke jeti bagan datoh, tempat satu hari dulu merupakan lokasi kami bergambar tuk album kawin kami. mengimbau kenangan manis sambil merencana masa hadapan bersama. best sgt mlm tue...angin laut menyapa muka, di temani cahaya lampu, duduk berdua bercinta...




pas syiok bercinta kat jeti dan orang pun makin ramai, kami pun beredar dari situ. kami menuju balik rumah la...hari pun dah makin gelap, mata pun dah makin berat...ape lg, masuk bilik dan tido la....zzzZZZZzzzz...
hari ahad, time to pack barang2 coz nak balik ke kl. lgpun ita and nurul nak ikut..since cuti sekolah, boleh la ita tolong kak sarah jaga anak2. lgpun kak sarah pun dah sarat. dalam kul 3 ptg, kami pun bergerak menuju ke klang coz nak g rumah cik mah nak tunjukkan gambar kawin. sampai rumah cik mah dalam kul 6 ptg. bnyk nyer kete...jap2 slow moving..jap2 berenti trafic light...we spent about an hour kat rumah cik mah..sembang punya sembang, xsedar hari dah nak mlm. so, terpaksa la mintak diri...otw nak ke kajang melalui kesas highway, tetiba de bunyi yang kurang menyenangkan...rupa2nyer tayar kete depan kat bahagian co pilot dah pecah...nasib menyebelahi kami coz masa kejadian tue, lagi 500 meter ke hentian rehat dan rawat and de pertronas kat situ...kerol slow down and park kete bawah lampu. dengan gagah perkasa, kerol menukar tayar kete. walaupun xde pengalaman, kerol gagah kan gak la diri...dilla pun de gak membantu...

kerol yang gagah perkasa

ish..ish...ketat plak la skru nie...



pas settle betulkan tayar kete, kami pun meneruskan perjalanan menuju ke rumah abg hisham. kak sarah dah pun ada kat sana masa kami sampai. kat rumah abg hisham, kak ros bt mee grg mamak, de sate and air strawberry. perut lapar, tp kepenatan, so xde la selera sgt nak mkn...kul 11 mlm mcm tue, kami pun berangkat balik...tiba di rumah kul 11.45 mlm...kerol kluar kan barang2 and pas mandi2, kami pun tido...ye la, isnin nak keje...

p/s: monday dilla mc daa.....