Monday, July 12, 2010

FUTSAL & VOLLEYBALL


minggu lepas, kami berhempas pulas bagi menjayakan sukan futsal & volleyball. kali ini matrade merupakan penganjur bagi sukan futsal yang diadakan pada hari sabtu di sport seven, wangsa maju. kerol merupakan salah seorg urusetia and dilla bermain untuk pasukan matrade.

hari jumaat...

debaran semakin memuncak...sabtu de futsal and ahad plak de volleyball. pada hari jumaat team volleyball de perjumpaan dengan penaung, iaitu dato' noharuddin nordin. beliau telah memberikan kata2 semangat untuk membakar semangat pasuka volleyball matrade lelaki & jugak perempuan. sedikit gambaran semasa perjumpaan itu :

bola yang hanya digunakan untuk bergambar



sedang asyik mendengar



team volleyball pompuan yang menggalas harapan matrade


hari sabtu...

pertandingan futsal bermula around kul 8.30 pagi. untuk perlawanan pertama matrade bertemu miti dan matrade menang dengan gol 3-0 dan perlawanan seterusnya matrade menentang sme corp dan menang dengan gol 3-1.


masa break...



bersama supporter matrade yang setia menunggu sehingga habis



matrade layak ke final dan menentang mida. dan akhirnya matrade menjuarai futsal wanita dengan kemenangan gol 2-1...mida kecundang di tangan matrade. jutaan terima kasih di ucapkan kepada penyokong2 matrade dan matrade FC yang begitu bersemangat menyokong pasukan futsal matrade lelaki dan wanita. antara sebab lawan2 matrade kecundang kerana di pyscho oleh penyokong matrade yang hebat2. siap dengan vuvuzela plastik and gendang lagi...mmg happening habis la!




hari ahad

laluan pasukan bola tampar pompuan matrade ke semi final agak mudah kerana midf telah menarik diri. oleh itu, matrade telah menentang miti untuk menentukan siapa juara kumpulan dan matrade telah menjuarai perlawanan pertama. manakala team volleyball lelaki matrade bertemu mpc pada perlawanan pertama dan kecundang. selepas itu, matrade bangkit menentang miti dan menjuarai perlawanan tersebut. kemudian matrade menentang midf dan melepasi halangan dengan rubber set.
di semi final, matrade pompuan bertemu dengan sme corp dan menang perlawanan tersebut. di peringkat final matrade bertemu mida. perlawanan sgt sengit dan matrade gagal mempertahankan kejuaraan tahun lepas. mana xnya, mida main sgt agresif mungkin berpunca daripada kekalahan semasa futsal hari sabtu lepas. bagi pasukan lelaki plak, matrade kalah menentang mpc.

coretan pada hari ahad


suasana di court


masa sibuk2 nak warm up



dua2 pun join volleyball



aik...org lain mana erk??

walaupun matrade naib johan both lelaki & wanita, matrade tetap kalah bergaya...kami xrasa down sbb kami main dengan profesional, bukan kerana dendam. kami main sbb kami suka volleyball. kami main sbb kami de team spirit yang kuat. kami bersatu dalam court. alhamdulalliah, tiada kecedaraan pada sesiapa pun. kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada dato' sbb sudi menjeguk kami di court. walaupun penat main golf then g kenduri plak, dato' dtg jugak bagi support. lebih terharu bila dato' dtg ptg tue pakai jersi volleyball. mmg terharu abis la...terima kasih jugak bt president kelab/setiausaha kelab yg dtg dari tghri sampai abis.. to all supporters, matrade fc, geng2 semua....terima kasih bnyk2....next year kami akan kembali lg...

Friday, July 9, 2010

FOOD FIESTA

nyah datang kl! yeah...dah lama xjumpa nyah...so,dilla cadangkan kami semua dinner kat chili's @ klcc...yeah!! so, semlm, pas keje dilla amik nyah kat hkl and bawak balik rumah sementara nak tggu maghrib. pas solat and berehat, kami menuju ke klcc and yang pun dah sampai.we have to wait for a while sbb seat penuh...about 10 minutes after that, kami dapat table kami...

nyah & yang


best sbb dapat tepi tingkap dengan pemandangan taman klcc. cantik sgt, sbb bnyk lampu, de air pancut...and boleh gak tgk ragam org dari atas nie.



while waiting for our food to be served, kami pun bersembang2 from one topic to another. best sgt, sbb this mungkin kali terakhir kami lepak sama-sama sbb bulan 9 nnt yang dah nak fly g perancis tuk further study. sambil2 sembang, de gak berposing...lalalala


hahah..mcm poyo jek berbaju sedondon..






xlama pas tue, makanan kami pun sampai.we order tripple play as starter, main course adalah fajita trio, swiss mushroom burger and ape ntah satu lg...xingat. hahaha


nie la makanan kami...bnyk nyer....





sampai xmuat meja...


nyah dah xsabar nak dig in....

kami makan dan makan dengan penuh selera...rasa nak pecah perut plak...tp muat lagi tuk order dessert yang mmg best tue...on top de vanila ice cream and then de chocolate cake and melted choc dalam tue...nyum..nyum...





perut dah kenyang, hati pun senang...we leave chili's restaurant at around 10 pm...


adik beradik dilla : nyah, yang & adik. unfortunately, yeop is not around...wish he was there too









Wednesday, July 7, 2010

WIRA OH WIRA...

wira adalah sejenis kenderaan keluaran proton yang sgt popular satu masa dulu. it is among the mampu milik punya kete bg sebuah keluarga dengan 2-3 anak. kami bukan nak bercerita ttg anak, ttg proton, tp nak cerita ttg kete kami wira hitam bernombor plat negeri perak.

pada hari ahad yang lepas, we attend adnan & lynda's wedding @ puncak perdana.sedang syiok mencari rumah kenduri tue, tetiba tempreture kat kete tue naik mendadak.so, kami pun berenti la and park the car kat tepi kedai mamak. pas tue, kami call abg nin and he fetch us there and bawak kami ke kenduri tue.


so, pas makan and bergambar dengan pengantin, kami pun mengadap kete kami yang tersadai tue...kami bawak bersama-sama kani abg nin,wan and nizar.setelah menggodek2 kete, kami decide bawak g workshop yang de berdekatan kat situ. nasib baik la ada workshop yang bukak...so, setelah berbincang dengan foreman kat situ, kami decide to leave the car there. sebelumbalik, foreman tue bukak la enjin kete wira tue tunjukkan ape masalah yang telah terjadi kepada kete kami tue. rupa2nyer air dah masuk dalam enjin. so, terpaksa la bukak and buat ape yang ptt...menggigil gak dengar total rege yang nak dibayar tue...adoi la....

this is what happen masa foreman tue mengodek kete wira kami tue...

bukak skru teu elok2 sikit erk...

kerol memerhatikan ape yang dibuat. nizar setia menunggu...


buat la ape yang ptt, bang....

so, kami tinggal kan puncak alam dengan pengalaman yang xberapa best...tp xpe la...redha je la...anyway, thanks to ang nin and wan sbb tlg kami hari tue. special thanks to nizar sbb hantar kami sampai ke rumah...

Tuesday, July 6, 2010

THE BATTLE BEGIN

hari sabtu hari tue, pertandingan inter agensi bermula dengan sukan badminton dan karom. game berlangsung di kompleks sukan kg pandan...kami datang sebagai pasukan sorak MATRADE FC. gamat court badminton dengan jeritan dan sorakan pasukan sorak MATRADE FC. tak susah nak mengenalpasti pasukan sorak, kerana kami semua berbaju merah darah...melambangkan semangat waja yang pasukan MATRADE ada untuk berjuang bagi menjuarai sukan inter agensi tahun ini...

barisan pasukan sorak MATRADE FC


peminat cilik MATRADE FC


team karom MATRADE yang mantap2 belaka




pasangan duet pasukan sorak MATRADE FC



TAHNIAH diucapkan kepada team badminton MATRADE kerana buat pertama kalinya di dalam sejarah MATRADE, berjaya melangkah ke perlawanan akhir kejohanan inter agensi.walaupun tewas kepada pasukan midf pada perlawanan akhir, MATRADE telah menunjukkan kesungguhan yang tinggi dan memberikan saingan yang padu sebelum tewas 3-2. ini lah yang dikatakan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir! syabas MATRADE!!!!

keputusan perlawanan :
peringkat kumpulan : MATRADE menewaskan MIDA (4-1)
MATRADE menewaskan MPC (3-2)
peringkat Separuh Akhir : MATRADE menewaskan SME Bank (3-2)
namun begitu, pasukan karom lelaki dan wanita gagal menyerlah pada kali ini. tidak mengapa, there's always next time...
kedudukan terkini inter agensi miti adalah seperti berikut:
midf
mida
sme bank
MATRADE/mpc (berkongsi mata)
sme corp
miti
hdc
kami percaya MATRADE boleh muncul juara inter agensi kali ini...tiada apa yang mustahil! perlawanan akan diteruskan lagi minggu ini pada hari sabtu dengan futsal & boling manakala pada hari ahad dengan volleyball lelaki dan perempuan, sepak takraw dan golf. kepada semua warga MATRADE anda diseru supaya menyokong pasukan MATRADE berjuang hingga mendapat kemenangan!

ADE AJE LA...



cerita kami kali ini bermula dari hari jumaat lepas. pas lunch break yang panjang, kami decide nak g lhdn sbb nak matikan setem hasil tuk keperluan daftar kat ikbn alor gajah...tp bila sampai di sana, kaunter matikan setem hasil tue dah tutup. wakhal masa tue baru kul 3.45...nak bt mcm mane...nasib tidak menyebelahi kami. tetiba kepala dilla sakit yang teramat sgt. nak berjalan dan bukak mata pun dah xlarat. bila balik rumah, terus rebah kat katil sampai mlm...kepala dilla rasa mcm nak pecah pun ada...nasib baik ada kerol di sebelah...siap tlg celum kan kepala dengan kain lagi...nie la nikmat berkahwin, saling membantu...tp kesian gak kat kerol, kena masak sendiri tuk dinner...
esok nyer, dilla pun dah agak sihat, kami pun keluar cari breakfast di taman tasik titiwangsa. pas breakfast, tetiba dtg idea giler naik boat kat tasik tue. hahaha...mula2 mcm xnak sgt, tp then redah je la....hanya dengan bayaran rm3 bagi 1/2 jam...






lalalala....misi kayuhan nie nak berada paling dekat yang boleh dengan air pancut kat tasik nie...tp halfway, airpancut dah di berhenti kan...ade ke patut...hampeh tul...tp xmengapa, tasik nie luas...so dengan hato senang, kami mengayuh membelah tasik nie...bila kaki dah penat, hari plak makin panas, tetiba air pancut tue memancut balik...ceh..hampeh tul..nasib masih de masa 20 minit lg...dengan penuh semangat, kami mengayuh selayu mungkin untuk mengelilingi air pancut tue...

air pancut taman tasik titiwangsa



panas...tp best...


bumbung istana budaya dari tasik




pandangan dari jauh...


bila dah cukup time, kami pun menamatkan kayuhan..penat tau...bukan main2...lenguh2 and sakit pinggang gak la...at least de gak aktiviti physical yang kami buat...kami meninggalkan taman tasik titiwangsa pada pagi sabtu hari tue dengan penuh kegembiraan...lalalalala....



Friday, July 2, 2010

hmm...kali nie dilla nak kongsi resepi dengan semua org..dilla amik resepi nie dari saji online..cadang weekend nie nak g beli bahan2 and buat la...cuma mascarpone cheese tue susah sket nak jumpa..maybe kat coldstorage ada...

TIRAMISU COKLAT BERLAPIS


BAHAN-BAHAN:

275 gm gula kastor

5 biji kuning telur

100 ml susu segar

40 gm serbuk gelatin

500 gm keju mascarpone

185 gm krim putar

2 keping kek span coklat


CARA MENYEDIAKAN:

1. Sediakan bekas dengan kaedah double boiler dan masukkan gula serta kuning telur. Pukul
sehingga gula cair dan kuning telur berbuih. Setelah itu angkat dan ketepikan.
2. Krim putar hendaklah dipukul sehingga separuh kembang. Ketepikan.
3. Cairkan gelatin dengan suku cawan air panas. Ketepikan.
4. Kemudian tuangkan susu ke dalam adunan nombor satu, kacau sebati. Kemudian masukkan
keju mascarpone, dan kacau lagi.
5. Masukkan pula krim putar dan kaup balikkan. Akhir sekali masukkan gelatin dan gaul
sehingga sebati.
6. Dalam loyang jenis gegelang (ring), alaskan bahagian bawah dengan aluminium dan kemaskan
bahagian tepi loyang.
7. Kemudian lapiskan dengan kek span. Tuangkan sebahagian adunan tiramisu.
8. Lapiskan satu lagi kek span dan tuangkan tiramisu selebihnya.
9. Masukkan dalam peti sejuk selama 5 jam sebelum loyang ring dibuka dan taburkan serbuk
koko di atasnya.