Friday, April 30, 2010

KISAH KITA BERDUA

Alkisahnya ttg percintaan kami...

kami menemui cinta... sekembali dari trip di Pulau Redang. entah bagaimana cinta boleh berputik dari sana. kami telah lama kenal, rakan sekerja...namun, takdir yang menentukan segalanya...sekembali dari Pulau Redang, kami meneruskan hari2 kami seperti biasa. tapi ada sesuatu di hati ini yang menyatakan dia adalah orang nya...banyak aktiviti yang kami lakukan bersama. bermain bola tampar, menonton wayang bersama rakan sekerja yang lain dan juga melepak di kedai mamak.

akhir nya, pada tanggal 29 November 2009, aku dan dia ditunangkan di dalam majlis yang serba ringkas. tempoh bertunang tidak lama, hanya 4 bulan.
pada tanggal 27 Mac 2010, kami disatukan didalam majlis yang serba indah. ..


MOMENT-MOMENT SEWAKTU PERNIKAHAN KAMI

"YA ALLAH....SATUKANLAH HATI KAMI SEBAGAIMANA ENGKAU SATUKAN HATI ADAM DAN HAWA, YUSUF DAN ZULAIKHA DAN SEPERTI ENGKAU SATUKAN HATI MUHAMMAD S.A.W DAN SITI KHADIJAH. SATUKANLAH KAMI DENGAN IMAN, KEYAKINAN DAN TAWAKAL KEPADAMU. JADIKANLAH KAMI SUAMI SOLEH YANG SENTIASA MEMIMPIN DAN ISTERI SOLEHAH YANG SENTIASA MEMBANTU. MURAHKAN LAH REZEKI KAMI DAN KURNIAKAN LAH KEPADA KAMI ZURIAT YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH. SEMOGA KEHIDUPAN KAMI DIPENUHI AL-MAWADDAH DAN AL-RAHMAN DI DUNIA DAN AKHIRAT" SESUNGGUHNYA KAULAH YANG MAHA PENYAYANG DAN MAHA MENGETAHUI.

AMIN, YARABBAL ALAMIN....